Pengagihan Bubur Lambuk oleh Pusat Pembangunan Alumni (ADC).
Pulau Pinang,20 Mac 2025 – Pusat Pembangunan Alumni (ADC) telah menganjurkan buat julung kali nya menganjurkan program pengagihan bubur lambuk. Sebanyak 250 bekas telah diagihkan kepada Pusat Tanggungjawab (PTJ) bermula dari jam 4.00 petang.
Pengagihan bubur lambuk tersebut telah dilaksanakan oleh Y.Brs Prof. Dr. Shaharum Shamsuddin, Timbalan Naib Canselor HEPA. Program ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada PTJ yang telah menyokong serta membantu ADC.
Program sebegini juga turut merapatkan ukhwah di antara ADC dan PTJ di kampus Induk khususnya bersama Alumni Ambassador PTJ yang turut memeriahkan program tersebut. Kebanyakan mereka mengucapkan tahniah dan terima kasih di atas pemberian bubur lambuk ini.Mereka berharap agar program ini dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang.
Disediakan oleh Syahnaz Riza Sukor
Suntingan oleh Encik Ahamd Wafi Sahedan