Mesyuarat Penyelarasan Program/Aktiviti Alumni Peringkat Kampus Kesihatan dan Majlis Iftar Perdana bersama Naib Canselor

USM Pulau Pinang, 23 Mac 2025- Mesyuarat Penyelarasan Program/Aktiviti Alumni Peringkat Kampus Kesihatan dan Majlis Iftar Perdana bersama Naib Canselor

Mesyuarat penyelarasan bersama Persatuan Alumni Doktor USM (PADU) telah diadakan pada sebelah pagi dan mesyuarat tertumpu kepada kerjasama program yang boleh diadakan antara kedua-dua pihak. Pada sebelah petang, mesyuarat penyelarasan diteruskan dengan sesi pengenalan disampaikan oleh Encik Ahmad Wafi Sahedan selaku Penyelaras Pusat Pembangunan Alumni (PPA) termasuklah fungsi PPA dan rumusan daripada bengkel pemerkasaan alumni yang diadakan pada 13 Febuari 2025. Mesyuarat ini juga telah dihadiri oleh Pengarah Kampus Kesihatan serta BHEPA Kampus Kesihatan dan Alumni Ambassador daripada setiap pusat pengajian. Mesyuarat turut membincangkan garis panduan, penjanaan kewangan dan pengurusan data serta perhubungan pelajar alumni dan industri. Mesyuarat ini disusuli dengan Majlis Iftar Perdana bersama YBhg Profesor Dato’ Seri Ir Dr Abdul Rahman Mohamed, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) anjuran Pusat Islam Kampus Kesihatan.

 

kelantan 5

kelantan 4

kelantan 3

kelantan 1

bukak puasa kelantan

© 2020 - Alumni Development Centre. Universiti Sains Malaysia