KAKUSMA PERKASA MAHASISWA ANAK KEDAH: INSPIRASI KEPIMPINAN BERSAMA DATO' SERI DIRAJA MAHDZIR KHALID DALAM PROGRAM BICARA ALUMNI@USM

USM, PULAU PINANG, 24 April 2025 – Kumpulan Anak-Anak Kedah USM (KAKUSMA) dengan kerjasama Pusat Pembangunan Alumni menganjurkan program Bicara Alumni @ USM yang menampilkan tokoh kepimpinan, Dato’ Seri Diraja Mahdzir Khalid, alumni USM 1984 dan Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan Darul Aman.

Program ini diadakan di Balai Pase’ban Agung, Pusat Pengajian Seni dengan kehadiran seramai 70 mahasiswa/i anak Kedah serta barisan kepimpinan universiti, termasuk Yang Berbahagia Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, Naib Canselor USM; Yang Berbahagia Dato’ Muhamad Khizri Abu Kassim, Ahli Lembaga Gabenor Universiti; dan Yang Berusaha Profesor Madya Dr. Mohd Shaharudin Samsurijan, Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan merangkap Penasihat KAKUSMA. Turut hadir ialah Yang Dipertua KAKUSMA, Saudara Muhamad Farhan Muhamad Hafizal bersama barisan jawatankuasa penganjur serta pegawai universiti.

Forum utama menampilkan Dato’ Seri Diraja Mahdzir Khalid dan Dato’ Muhamad Khizri Abu Kassim, dipengerusikan oleh Profesor Madya Dr. Mohd Shaharudin Samsurijan.

Perbincangan menyentuh peranan mahasiswa sebagai pemimpin berilmu, kritis, dan peka terhadap isu semasa.

Yang Dipertua KAKUSMA, Saudara Muhamad Farhan, menegaskan komitmen KAKUSMA untuk membina jalinan kukuh antara pelajar dan alumni melalui inisiatif intelektual dan kebajikan.

Program ini menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) seperti SDG 4: Kualiti Pendidikan, SDG 10: Mengurangkan Ketidaksamarataan, dan SDG 17: Perkongsian untuk Matlamat, dalam memperkasa mahasiswa Kedah untuk terus menyumbang kepada masyarakat dan negara.

Teks & Foto: KAKUSMA USM

tok det 1

WhatsApp Image 2025 05 05 at 9.41.12 AM 1

tok det 2

tok det 4

© 2020 - Alumni Development Centre. Universiti Sains Malaysia