MESYUARAT MAJLIS ALUMNI UNIVERSITI AWAM MALAYSIA DAN BENGKEL PELAN STRATEGIK MALUMNI

UniMAP 28 APRIL 2025 – Mesyuarat Majlis Alumni Universiti Awam (MALUMNI) telah diadakan di Dewan Senat, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) selaku tuan rumah bagi penganjuran mesyuarat kali ini bersama urusetia bersama dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM), Y.Brs Dr. Hazli Rafis Abdul Rahim selaku Pengarah Pusat Pengurusan Alumni dan Kebolehpasaran Graduan.

Mesyuarat dan bengkel ini telah dihadiri oleh para pengarah dan pegawai-pegawai Universiti Awam selaku ahli jawatankuasa Majlis Alumni Universiti Awam. Bengkel ini telah dibincangkan mengenai TOR Majlis serta program-program yang akan dijalankan serta perancangan bagi tempoh 2025 sehingga 2027.

Mesyuarat dan bengkel ini telah dipengerusikan oleh Y.Bhg Prof. Madya Datuk Dr. Sabri Mohamad Sharif, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Teknikal Malaysia Melaka merangkap Pengerusi Majlis Alumni Universiti Awam Malaysia (MALUMNI).

Antara program yang dijalankan di UniMAP adalah seperti permainan ‘woodball’ serta Hi-Tea in the Garden di Tasik Alumni UniMAP. Mesyuarat akan datang dicadangkan di Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA).

Teks dan gambar: Syahnaz Riza Sukor

Suntingan: Ahmad Wafi Sahedan

unimap1

unimap2

unimap3

unimap4

© 2020 - Alumni Development Centre. Universiti Sains Malaysia