SMART RIZQ EDUCATION METERAI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) BERSAMA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)
USM 09 Mei 2025 – Smart Rizq Education, sebuah syarikat swasta yang semakin berkembang dalam bidang pembelajaran inovatif dan digital, hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universiti Sains Malaysia (USM) dalam satu majlis rasmi yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA) H21.
Majlis menandatangani MoU ini telah berlangsung antara Timbalan Naib Canselor USM, Profesor Dr. Shaharum Bin Shamsuddin, Timbalan Naib Canselor BHEPA Universiti Sains Malaysia dan Pengasas juga Pengarah Eksekutif Smart Rizq Education, Puan Nur Izzarul Amira.
Kerjasama strategik ini bertujuan untuk memperkukuh jaringan akademik antara kedua-dua institusi, khususnya menjana kecemerlangan dan kejayaan dalam pendidikan yang bertemakan Empower, Educate, Evolve.
MoU ini memperlihatkan komitmen dalam membina hubungan kerja sama yang erat dengan sektor pendidikan swasta, terutamanya dalam mendepani cabaran transformasi digital dalam pendidikan.Diharapkan dengan termeterainya perjanjian ini dapat memenuhi visi dan misi untuk menjadi peneraju pendidikan yang cemerlang di masa hadapan.


