LAWATAN PENANDA ARAS KE PUSAT PERHUBUNGAN ALUMNI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG AL-SULTAN ABDULLAH (UMPSA)

Pusat Perhubungan Alumni Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengadakan lawatan penanda aras ke Pusat Perhubungan Alumni Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) di Kampus Gambang pada 22 Julai 2025. Lawatan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua institusi serta bertukar pandangan dan pengalaman berkaitan amalan terbaik dalam pengurusan alumni. Sesi perbincangan yang berlangsung telah menyentuh pelbagai aspek termasuk pengurusan data alumni, pelaksanaan program pembangunan alumni, serta pendekatan komunikasi yang efektif bagi mengukuhkan penglibatan alumni. Pihak USM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada UMPSA atas sambutan mesra dan perkongsian bermakna sepanjang sesi lawatan ini. Semoga jaringan kerjasama yang terjalin ini dapat terus diperkasa demi kelestarian peranan alumni dalam menyokong kecemerlangan institusi.

UMPSA5

UMPSA1

UMPSA3

UMPSA6

© 2020 - Alumni Development Centre. Universiti Sains Malaysia