LAWATAN PUSAT PEMBANGUNAN ALUMNI USM KE PUSAT PEMGEMBANGAN TENUN PAHANG DIRAJA, KAMPUNG SOI

Delegasi Pusat Pembangunan Alumni Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengadakan lawatan ke Pusat Pengembangan Tenun Pahang Diraja di Kampung Soi, Kuantan pada 23 Julai 2025.

Delegasi telah disambut mesra oleh Encik Mohd Fahmi bin Abdul Ghani, Ketua Pegawai Operasi PKNP Tenun Pahang Soi Sdn. Bhd., yang juga merupakan alumni USM. Dalam sesi kunjungan tersebut, beliau berkongsi dengan penuh semangat mengenai proses penghasilan Tenun Pahang Diraja yang memerlukan ketelitian dan kemahiran tinggi.

Lebih istimewa, para delegasi turut berpeluang melihat koleksi eksklusif Tenun Pahang yang dihasilkan khas untuk Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong serta kerabat diraja, yang menampilkan rekaan bermutu tinggi, sarat nilai estetika dan warisan budaya.

Lawatan ini bukan sahaja memperkukuh hubungan dengan alumni, tetapi juga membuka ruang kolaborasi baharu dalam usaha memartabatkan hasil seni tempatan melalui jaringan alumni yang berperanan aktif dalam pelbagai bidang profesional. Pihak USM amat berbangga dengan sumbangan Encik Mohd Fahmi dalam melestarikan khazanah warisan bangsa melalui kepakaran dan kepimpinan beliau.

Tenun3

Tenun1

Tenun2

© 2020 - Alumni Development Centre. Universiti Sains Malaysia