MAJLIS HI- TEA PENDAFTAR BERSAMA ALUMNI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) PEGAWAI TADBIR

USM 01 Ogos 2025 - Pusat Pembangunan Alumni USM dengan sukacitanya telah menganjurkan Majlis Hi-Tea istimewa bagi meraikan para alumni dalam kalangan Pegawai Tadbir USM, bertempat di Dewan Banquet, Canselori II.
 
Majlis yang penuh mesra dan bermakna ini turut meraikan YBrs. Encik Mohd Azizudin Bin Mohd Shariff, Pendaftar USM juga merupakan alumni USM pada tahun 1997 Sarjana Muda Teknologi dari Pusat Pengajian Teknologi Industri.
 
Seramai 80 orang pegawai telah menghadiri majlis ini sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan sumbangan mereka kepada universiti.
sebagai tanda kenang-kenangan.
 
Pendaftar telah menerima cenderahati daripada warga kerja Pusat Pembangunan Alumni USM. Majlis ini bukan sahaja mengukuhkan hubungan sesama alumni, malah mempererat jalinan kerjasama antara Pendaftar dan barisan pentadbiran USM.
 
Diharapkan penganjuran majlis seperti ini dapat menjadi medium inspirasi dan pemangkin semangat dalam kalangan alumni, sekali gus memperkukuh ikatan silaturahim serta komitmen bersama dalam menjayakan aspirasi USM.
pendaftar 2
 

pendaftar1

pendaftar 6

© 2020 - Alumni Development Centre. Universiti Sains Malaysia