USM Perkukuh Sinergi: Pertemuan Strategik ZAWAIN dan Pusat Pembangunan Alumni
13 Ogos 2025 - Pengarah Pusat Pembangunan Alumni, En. Ahmad Wafi Sahedan telah mengadakan pertemuan bersama Pengarah Pejabat Zakat, Waqaf & Infaq USM (ZAWAIN), Dr. Nazrul Hassan.
Pertemuan ini membincangkan cadangan kerjasama strategik antara Alumni USM dan ZAWAIN yang dijangka memberi manfaat besar kepada universiti, khususnya dalam memperkukuh jaringan kebajikan dan pembangunan alumni.
Dalam sesi tersebut, Dr. Nazrul turut membentangkan hasrat untuk menubuhkan Tabung Wakaf Alumni USM, yang terbuka kepada semua alumni, sama ada di dalam mahupun di luar negara. Inisiatif ini diyakini mampu menjadi platform penyatuan alumni dalam menyumbang kembali kepada universiti, sekali gus memperkukuh peranan alumni sebagai pemangkin kecemerlangan dan kelestarian USM.

