ALUMNI USM 1985–1990: KEMBALI BERTAUT, MENGUKIR KENANGAN
PULAU PINANG, 30 Ogos 2025 - Perjumpaan ALUMNI USM 1985–1990 yang berlangsung dari 29 hingga 31 Ogos 2025 telah menghimpunkan seramai 188 peserta dalam suasana penuh keakraban dan nostalgia, sekali gus memperkukuh silaturahim, mengenang jasa rakan-rakan yang telah pergi, serta menyemarakkan kembali ikatan yang terjalin sejak zaman kampus.
Alumni bukan sekadar bekas pelajar, malah mereka merupakan duta universiti dan rakan strategik yang memainkan peranan penting dalam merealisasikan misi kecemerlangan akademik, penyelidikan, dan tanggungjawab sosial USM. Majlis seumpama ini bukan hanya menjadi jambatan kenangan, malah membuka ruang berharga untuk memperkukuh jaringan kolaborasi demi masa depan yang lebih gemilang buat universiti dan seluruh warganya.
Inilah manifestasi cinta abadi terhadap alma mater yang telah membentuk, membimbing, dan menyatukan insan-insan hebat di seluruh dunia.
