Mesyuarat Majlis Alumni Universiti Awam (MALUMNI) di Hotel Adya Express, Langkawi.
Chenang, Langkawi , 24 Oktober 2025 - Mesyuarat Majlis Alumni Universiti Awam (MALUMNI) telah berlangsung di Hotel Adya Express, Langkawi, dengan UUM sebagai tuan rumah. Mesyuarat dirasmikan oleh YBrs. Prof. Dr. Ahmad Mutadha Mohamed, Timbalan Naib Canselor (HEPA) UUM.
Hadir sama YBhg. Prof. Madya Datuk Dr. Sabri Mohamad Sharif, Pengerusi MALUMNI merangkap TNC (HEPA) UTeM, serta YBrs. Prof. Madya Dr. Hazli Rafis Abdul Rahim, Pengarah Pusat Pengurusan Alumni & Kebolehpasaran Graduan UTeM.
Antara fokus utama mesyuarat ialah pelaksanaan Madani Alumni Run (MAR) pada Januari 2026 di Putrajaya serta program Alumni Back to Campus di seluruh universiti awam. Turut hadir wakil Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan YBrs. Prof. Ts. Dr. Rusllim Mohamed, TNC (HEPA) UMPSA selaku Timbalan Pengerusi MALUMNI.
Delegasi turut mengadakan lawatan ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Ayer Hangat dan Faizy Crystal Glass Blowing Studio, diakhiri dengan majlis makan malam di BBQ Sungai Chenang Steamboat & Grill.
Mesyuarat akan datang dijadualkan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada Januari 2026.



