Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa, Universiti Sains Malaysia (USM) julung kali menganjurkan Program Alumni Meet and Greet 2025
NIBONG TEBAL, 1 November 2025 – Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa, Universiti Sains Malaysia (USM) julung kali menganjurkan Program Alumni Meet and Greet 2025 bertemakan “Reconnect, Reflect, Reignite” bagi memperkukuh hubungan dan jaringan profesional antara alumni, pelajar dan staf.
Majlis dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Elmi Abu Bakar, Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa, dan dihadiri lebih 150 peserta. Kemuncak program ialah Forum Alumni bertajuk “Taking off from Students' Dreams to Aerospace Reality” yang menampilkan alumni dari pelbagai bidang industri dan akademik.
Program turut menyaksikan penyerahan sumbangan alumni kepada 55 pelajar B40, selain lawatan fasiliti aeroangkasa, aktiviti sukaneka dan majlis makan malam yang mengukuhkan semangat kekeluargaan.
Inisiatif ini menjadi landasan penting dalam mempererat kolaborasi antara alumni dan pusat pengajian demi pembangunan industri aeroangkasa negara.
Semoga jalinan yang terjalin melalui program ini terus menyemarakkan semangat kekeluargaan dan kolaborasi antara alumni, pelajar dan kakitangan selaras dengan hasrat Universiti Sains Malaysia.