Sesi Lawatan Penanda Aras ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Majlis Jalinan Mesra Alumni Zon Selatan dan Kunjungan Hormat Alumni Premier
Skudai 06 November 2025-Sesi Lawatan Penanda Aras ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Majlis Jalinan Mesra Alumni Zon Selatan dan Kunjungan Hormat Alumni Premier.
Program Sesi Lawatan Penanda Aras ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Majlis Jalinan Mesra Alumni Zon Selatan dan Kunjungan Hormat Alumni Premier ini dirangka bagi memperkukuh jaringan strategik antara Universiti Sains Malaysia (USM) dan komuniti alumninya di Zon Selatan pelaksanaan program ini merangkumi beberapa pengisian utama seperti berikut:
1. Sesi Lawatan Penanda Aras ke Pusat Perhubungan Alumni Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi meninjau amalan terbaik dalam pengurusan dan penglibatan alumni yang berkesan.
2. Majlis Jalinan Mesra Alumni USM Zon Selatan Tahun 2025, yang melibatkan penyertaan seramai 50 orang alumni, sebagai platform memperkukuh silaturahim serta menggalakkan perkongsian pengalaman dan idea dalam usaha menyokong pembangunan universiti.
3. Kunjungan Hormat kepada YBhg. Haji Mohd Ali Bin Mohd Salleh, Ahli Lembaga Gabenor USM, sebagai tanda penghargaan atas sumbangan dan komitmen beliau terhadap kecemerlangan universiti.
4. Sesi Makan Malam Bersama Alumni Premier, sebagai ruang jaringan eksklusif antara pihak universiti dan alumni berprofil tinggi ke arah memperkukuh kolaborasi strategik dan kesinambungan sokongan kepada agenda universiti.
Program ini diharap dapat menjadi platform berimpak tinggi dalam memperkukuh hubungan dua hala antara USM dan jaringan alumninya. Melalui pelaksanaan aktiviti seumpama ini, diharapkan sinergi yang terjalin dapat menyumbang ke arah pembinaan komuniti alumni yang proaktif, berdaya saing dan berperanan sebagai rakan strategik universiti dalam mencapai aspirasi kecemerlangan seiring dengan visi dan misi USM.