PERJUMPAAN PAUSM & PUSAT PEMBANGUNAN ALUMNI (PPA) USM
15 Februari 2020 - Satu perbincangan santai diadakan antara pihak Persatuan Alumni USM (PAUSM) dan Pusat Pembangunan Alumni (ADC) mengenai perancangan tahunan kedua-dua pihak. Antara tujuan utama perbincangan ini diadakan adalah untuk mengukuhkan kerjasama strategik antara pihak PAUSM dan ADC serta meningkatkan kerjasama antara alumni serta program-program alumni yang boleh diterokai bersama.
Turut hadir adalah Ahli Lembaga Gabenor USM Encik Noor Azam Mohd Noor, TNC Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni Prof. Dr. Aldrin Abdullah, Presiden PAUSM Encik Mohd Aziz Ismaon, Penyelaras Pusat Pembangunan Alumni Puan Sharifah Darweena Binti Syed Ahmad Amir Feisal serta Ahli Jawatankuasa Eksekutif PAUSM Haji Mohd Ali Mohd Salleh dan Encik Muhammad Iqbal Ismail.
Teks: Syahnaz Riza Sukor