KUNJUNG HORMAT PENGARAH PUSAT PERHUBUNGAN ALUMNI UKM KE ADC USM

2

a

28 Januari 2020 - Lawatan kunjung hormat Pengarah Pusat Perhubungan Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke Pusat Pembangunan Alumni (ADC) berhubung perbincangan Kejohanan Bola Tampar Alumni Veteran Universiti Awam (AVUA) yang dijadualkan diadakan pada bulan Oktober 2020.

Selain membincangkan perancangan AVUA 2020, kedua-dua pihak juga turut membincangkan perancangan aktiviti tahunan alumni dan berpendapat bahawa pusat-pusat alumni perlu memperbanyakkan aktiviti berunsurkan riadah dan lebih santai.  
Teks: Syahnaz Riza Sukor

© 2020 - Alumni Development Centre. Universiti Sains Malaysia