KUNJUNG HORMAT MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR USM KE PUSAT PEMBANGUNAN ALUMNI (ADC)

30 Januari 2020 - Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia (MPP USM) telah mengadakan satu pertemuan dan perbincangan bersama pihak Pusat Pembangunan Alumni (ADC). Tujuan perjumpaan ini adalah untuk membincangkan bagaiamana pihak MPP USM dapat membantu memupuk "Saya Sayang USM" kepada para pelajar sepanjang mereka berada di Universiti. 

Pertemuan ini telah dihadiri oleh sembilan (9) wakil MPP dan empat (4) wakil ADC. Dalam pertemuan dan perbincangan yang telah diadakan, terdapat beberapa cadangan bagi memupuk para pelajar dari hari pertama pendaftaran sehingga mereka berijazah. 

Teks: Syahnaz Riza Sukor

© 2020 - Alumni Development Centre. Universiti Sains Malaysia