KLINIK BERGERAK USM - MERICAN MULA BERI PERKHIDMATAN KEPADA ORANG AWAM

profwanhazabah1

TUMPAT, KELANTAN, 22 Februari 2020 – Klinik bergerak Universiti Sains Malaysia (USM) – Merican yang dilengkapi peralatan perawatan terkini dengan kos 2.2 juta mula memberi perkhidmatan kepada orang awam hari ini.

Dua buah bas yang telah diubahsuai menjadi klinik bergerak itu menawarkan perkhidmatan saringan empat (4) bidang kepakaran perubatan yang sedia ada di USM iaitu Oftalmologi, Otorinolaringologi (ORL), Rehabilitasi dan Perubatan Keluarga serta setiap perkhidmatan saringan akan diketuai oleh pakar masing-masing.

Menurut Pengerusi Program Libatsama Komuniti USM-Merican, Profesor Dr Wan Hazabbah Wan Hitam yang juga merupakan alumni USM (M.D 1991), klinik bergerak yang dilengkapi peralatan untuk rawatan mata, hidung dan telinga serta rehabilitasi mula beroperasi bagi kemudahan mereka yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan rawatan di hospital terutamanya penduduk di kawasan pedalaman.
 
Wan Hazabbah yang juga Timbalan Dekan Libatsama Industri – Komuniti dan Pelajar, Pusat Pengajian Sains Perubatan USM berkata, melalui program Libatsama Komuniti USM-Merican ini, USM turut bekerjasama dengan hospital dan klinik kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menjalankan aktiviti di kawasan-kawasan yang dipilih mengikut keperluan penduduk.
Teks & Foto : Nik Sheila Erini Che Mat Kamel (Baca Selanjutnya)
 

© 2020 - Alumni Development Centre. Universiti Sains Malaysia