SETINGGI-TINGGI TAHNIAH

Ali Rustam

Pusat Pembangunan Alumni serta seluruh warga Universiti Sains Malaysia (USM) mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Tun Mohd Ali Rustam yang dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka ketujuh. Mohd Ali adalah alumni USM dalam jurusan Sains Kemasyarakatan dan bergraduasi pada tahun 1984.

Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini berkenan mengurniakan Watikah Pelantikan kepada Mohd Ali hari ini di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Baginda turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran Tun kepada Mohd Ali, 70, yang berasal dari Kampung Bukit Katil, Melaka. Beliau adalah anak tempatan pertama yang dilantik sebagai TYT Melaka dan sebelum ini beliau pernah menyandang jawatan Ketua Menteri Melaka.

Mohd Ali telah banyak menyumbangkan bakti kepada USM dan semoga Allah SWT terus melimpahkan rahmat bahagia dan kurnia-Nya kepada beliau dan seluruh Negeri Melaka.

Teks: Sharifah Darweena Syed Ahmad Amir Feisal

© 2020 - Alumni Development Centre. Universiti Sains Malaysia